Navin Manogaran
Navin Manogaran

Navin Manogaran

Navin Manogaran (Tamil: நவீன் மனோகரன்), (dilahirkan 31 Julai 1982) ataupun lebih dikenali sebagai M.Navin dalam dunia kesusasteraan Tamil merupakan seorang penyunting majalah dan penulis Tamil yang berasal dari Malaysia. Beliau merupakan pengasas majalah sastera Tamil dalam talian yang bernama ‘Vallinam’. Novel berjudul ‘Peichi’ yang dikarang oleh beliau pada tahun 2019 telah mencetus kontroversi sehingga kerajaan Malaysia telah mengutuskan larangan ke atas novel tersebut pada tahaun 2020.[1][2][3] Namun, banyak pertubuhan dari dalam negara dan juga serata dunia telah menyatakan tentangan mereka terhadap larangan yang diutuskan tersebut.[4] Beliau pernah menghasilkan pelbagai karya yang menarik perhatian peminat-peminat sastera Tamil. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh beliau menceritakan latar kehidupan dan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.[5][6]

Navin Manogaran

Info kelahiran 31 Julai 1982
Lunas, Kedah
Pekerjaan Guru
Warganegara Malaysia
Tempoh 1998 - present
Pendidikan Ijazah Sarjana Kesusasteraan Tamil
Anugerah Penyair Muda Tamil’ daripada Kerajaan Negeri Selangor - 2010, Pertubuhan Kesusasteraan Tamil dari negara Kanada - 2018
Genre Fiksyen & Bukan Fiksyen
Pencapaian ketara Sarvam Brahmasmi, Mandai Oodi, Boyak, Kadakka Mudiyate Kaalam, Maharaaniyin Checkmate, Meedum Nilaitha Nilalgal, Manasalayo, Ulagin Naakku

Rujukan

WikiPedia: Navin Manogaran http://www.puthiyathalaimurai.com/newsview/89566/T... http://vallinam.com.my/navin/?p=3664 https://www.aransei.com/news/malaysian-government-... https://eksentrika.com/?_wpnonce=00cdd84c2a https://eksentrika.com/eksentriks/m-navin/ https://online.fliphtml5.com/phixd/oyic/#p=87 https://tamil.indianexpress.com/literature/malaysi... https://www.thehindu.com/books/books-reviews/rebel... https://www.vikatan.com/arts/literature/why-naveen... https://www.youtube.com/watch?v=lU6txbnIpN8